Monday, July 27, 2009

mood minggu ini: ceria!!! (amiiin)

assalamualaikum..
hari ni saya mulakan minggu dengan mood yg ceria!!
* sebab baru baik dari demam yang panjang.huhu.*

alhamdulillah sangat2!!
wee~~
harap tiada yang menganggu emosi saya pada minggu ini..
saya harap minggu ini akan berjalan dengan lancar..
amiiiinn..

**********************

anyway, hari ini saya baru dapat tahu yang kami semua sudah dapat balik ke hometown masing2 untuk cuti 3hb ogos ini!!
hihhi..
bukan main seronok saya pabila tahu berita gumbira ini..
rasa ingin sangat pulang ke rumah..
mahu jalan2 disekitar rumah..
melawat bunga2 mak membuatkan hati saya jadi tenang..
angin petang yang selalu bertiup sepoi2 bahasa selalu mendamaikan hati saya bila resah..
ah....!!
seronok nya pulang ke rumah..
tak lupa juga, mahu jumpa mak dan abah!!
hihhi..
tapi, tak tahu kalau2 mereka masih di terengganu masa saya pulang ke rumah..
the other day, mak called..
bertanya khabar..
mak khabarkan dia mahu ke terengganu menziarah rumah yoep di Besut...
mahu pergi bersama mak anjang katanya..
huhuhu
mak dan mak anjang tu, memang betul classic example of adik beradik orang zaman dolu2!!bile lama sikit tak berjumpa ataupun bertanya khabar, mulalah mak menyuarakan hasrat hatinya pada abah untuk bertandang ke rumah mak anjang..
as for mak anjang, dia sentiasa sibuk ke sana ke mari..
almaklumlah..
suami isteri orang kuat Felcra..
ada saja meeting di sana sini..
biarlah..
bukan kacau hidup saya..
tapi, memang saya akui, mak anjang adalah mak cik saya yang paling rapat...
mungkin sebab dia kerap bertandang ke rumah saya, dan mak pun kerap mengajak saya menemankan dia ke rumah mak anjang..
kadang2 saya pun boleh jadi rindu dengan mak anjang!!
huhuhuhuhu..

**************************

bercakap pasal cuti yang start 3hb Ogos ni, tu hari lahir mak yang tersayang!!
saya hampir2 tidak dibenarkan pulang due to Malam Kebudayaan Melayu practices..
namun, mungkin Allah dengar suara hati kecil saya yang meronta2 ingin pulang ke rumah, dan terus saya dan kawan2 dibenarkan balik untuk lebih kurang 3 hari..
saya pun tak gemar cuti panjang2 ni..
sebab di rumah bukan nya ada apa2 yang boleh dibuat selain membuang masa ambil angin petang dengan mak sambil melawat taman bunga mak...
so sufficient la cuti 3 hari tu..
saya lebih suka pulang kerap ke rumah, daripada dapat cuti yang panjang, tapi jarang2 balik..
tapi, apakan daya, memang susah nak cari cuti sekarang ni..
sebab kalau weekends balik, tak berbaloi..
penat.. sebab makan masa hampir 3 jam one trip pulang ke rumah..
bosan duduk dalam bas...
huhuhuhuhuhu....
Alhamdulillah la dapat juga pulang ke rumah...
(^^,)


xoxo,
~yours truly~

No comments:

Post a Comment