Tuesday, December 29, 2009

erti keIKHLASan

ape erti keikhlasan?
sape tahu, sila angkat tangan anda ye.
:)
saya sendiri sekarang sudah kurang pasti dengan ape erti keikhlasan.
malah, saya rasa
seolah2 semua perkataan yang dahulunya saya fikir saya tahu akan maksudnya,
mempunyai maksud sebenar yang nyatanya,
berbeza dengan fahaman asal saya.
saya ingatkan saya betul2 faham, tapi tidak.
oh mungkin dari situ, saya sudah belajar sumthin?
bahawa apa yang saya rasa saya tahu sebelum ini, ternyata adalah
yang sebaliknya.
and the fact is, memang saya tidak pernah tahu akan sesuatu itu.
sebagai contoh, ape makna keikhlasan?
ye, saya belajar maksud perkataan itu dalam kelas bahasa melayu rasanya.
or maybe saya belajar berdasarkan penggunaannya dalam kehidupan seharian saya.
so, apa itu keikhlasan?
mengikut Kamus Dewan Bahasa online,

keikhlasan- kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah untuk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini.

hurm??
what's that suppose to mean?
thru my own perspective, keikhlasan tu lahir bila kita tak expect ANYthing in return of ape yang sudah kita buat.
macam mane nak 'not to expect anything in return"??
sebab saya rasa, mesti kita, to certain extent,kita do expect something in return.
contoh macam ada orang lain nak mintak kita tolong dia, pastu kita cakap ade hal plak, takleh tolong. then masa kecik mak slalu pesan, bagus tolong orang ni, nanti masa kita susah dia pulak yang tolong kita. bunyi cukup ikhlas la tu kan.tapi, adakah kita tak expect ANYthing in return.
memikirkan that dia will tolong kita nanti bila kita susah tu bukan 'expecting sumthing in return ke?'
tu pada fikiran saya la.
ouh complicated nye erti sebuah keikhlasan.

and pernah dengar jugak yang keihlasan tu macam,
kita buat sesuatu perkara tu bukan sebab sesuatu or someone,
and kita tidak berbuat sesuatu itu juga bukan sebab sumthing or someone.
lebih kurang macam kita bukan buat atau berhenti berbuat sesuatu itu sebab orang lain atau bende lain..tapi sebab kita NAK buat bende tu la yang membuatkan kita ikhlas berbuat perkara itu.
contoh, ada seorang perokok lelaki. satu hari, si lelaki jatuh cinta dengan seorang gadis. tapi si gadis takkan terima si lelaki selagi si lelaki tak berhenti merokok. so, si lelaki pon berhenti la merokok. soalnya, si lelaki ikhlas ke tak berhenti merokok tu? si lelaki berhenti merokok sebab si lelaki mahu berhenti, ataupun si lelaki berhenti merokok disebabkan nak memenangi hati si gadis itu? bagi saya, kalau si lelaki betul2 ikhlas nak berhenti merokok, si lelaki akan berhenti merokok sebab si lelaki itu sendiri yang mahu, bukan sebab orang lain mahu.or mungkinkah si lelaki nak menunjukkan keikhlasan si lelaki kepada si gadis itu dengan menunjukkan yang si lelaki akan berhenti merokok jika itu yang si gadis itu mahukan?? itu ke maksud ikhlas di sini?kalau macam tu, ada 2 issue ikhlas kat sini kan? satu, samada si lelaki ikhlas berhenti merokok, ataupun si lelaki ikhlas mahukan si gadis itu. tapi, kalau la si lelaki itu berhenti merokok, adakah si gadis itu ikhlas menerimasi lelaki itu? rasanya si gadis itu seharusnya menerima si lelaki itu seadanya,maksudnya, kalau si gadis nak terima si lelaki tu, si gadis akan terima bukan sebab si lelaki dah berhenti merokok, tapi sebab si gadis itu yang mahu terima si lelaki itu. kalau si gadis betul2 ikhlas mahu terima si lelaki itu.bukannya disebabkan si lelaki berhenti merokok, si gadis terima si lelaki itu.huh.entah la saya masih bingung dengan apa maksud ikhlas sebenarnya.sangat besar maksudnya kan?
hurrmmmm...
gile dah pale otak.huu

xoxo,
~yours truly~

2 comments:

  1. eh kamu, takde org bgtau ke font blog ni memedihkan mata membaca? tak IKHLAS langsung tulis hahaha

    ReplyDelete
  2. xde sape mention pon.haha.jp2 nk tukar font.heh.

    ReplyDelete